ahlan wasahlan...(^^,)

Ahad, 13 Februari 2011

Pesanan Buat Si Dia



tolong sampaikan pada si dia,,
tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya..
tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNYA,
tolong beritahu si dia cinta manusia bakal membuatny alpa..



tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari mencintai Yang Maha Esa..
tolong nasihati si dia jangan mengingatiku lebih dari mengungati Yang Maha Kuasa..
tolong nasihati si dia jangan mendoakan aku lebih dari mendoakaan ibu bapanya,
tolong katakan pada si dia, dahulukan ALLAH kerana di situ ada syurga,
tolong ingatkan si dia, dahulukan ibu bapanya kerana telapak itu syurganya



tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya, bukan rupa,
tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta,
tolong ingatkan si dia aku kasihi kerana santunnya..

tolong tegur si dia bila dia mula mengangungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya,,
tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya



tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha ESA..
tolong sedarkan si dia aku milik keluarga,
tolong sedarkan si dia tanggungjawabnya besar terhadap keluarganya..
tolong sabarkan si dia usah di ucap cinta kcita-cita belum terlaksana,,
tolong sabarkan si dia jika diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta,
tolong sabarkan si dia bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya,,
tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya,,
tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya,,tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan si dia,
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya,
tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..



tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta yang suci yang terjaga,
tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana allah tidak ternilai harganya,
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi di manjaga hubungannya dengan YANG MAHA KUASA..
tolong sampaikan kepada si dia kerana ak tidak mampu memberitahunya sendiri..
hanya Engkau Ya ALLAH mengetahui siapa si dia,
moga pesa nan ku sampai pada si dia aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia,
moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya,
simpanlah pesananku sehinnga kau bertemu denganku suatu hari nanti..

1 ulasan:

  1. cinta murahan kita hina,
    cinta islamik kita bangga,
    sedang hakikatnya dua-dua sama...

    terima kasih kawan, bila kau masih percaya.
    terima kasih kawan, bila kau masih kisah,
    sedang sekeliling buat kau gelisah. insya Allah, sambil mohon untuk aku, mohon kau juga akan terus terpelihara.

    BalasPadam

blog ni ditulis seske hati dan mengikut citarasaku.all written here are absolutely reserved by me.