ahlan wasahlan...(^^,)

Sabtu, 8 Januari 2011

jIKa AkU jATuh HAti


Bismillahirrahmanirrahim...
Ya ALLAH,
jika aku jatuh cinta Ya Allah,
Cintakanlah aku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu,
Ya MUHAIMIN,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati pada seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh ak dalam jurang cinta palsu,
Ya RABBANA,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu,
Ya RABBUL IZZATI,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu,
Ya ALLAH,
jika aku menikmati cinta Ya ALLAH,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu,
Ya ALLAH,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu Ya ALLAH,
jangan,jangan biarkan ak tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu
Ya ALLAH jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu YA ALLAH....
Amin Ya Rabbal Alamin........

SYUKRAN ( ",)

Ak bukan sehebat saidatina khadijah mahupun siti aisyah,,
bukan juga sumayyah mahupun rabiatul adawiyah,,
tetapi ak hanya hamba ALLAH yang hanya menumpang di dunia ini,
dan bila-bila sahaja bakal dijemput pergi,
Sesungguhnya hidupku di sini hanya sementara,
izinkanlah hambaMu ini mendamba kasih sebelum bertemu Sang Pencipta,
ak tidak mendamba sehebat Nabi Sulaiman,
tidak juga seperti Yusuf mahupun Nabi Muhammad,,
kerana aku tahu dirimu adalah yang terbaik untukku,
yang telah tuhan aturkan,,
aku juga tidak sesempurna yang kau impikan,
Insyaallah aku akan sentiasa berada dlm iman,
tahu menjaga batasan,
tahu halal dan haram,
menjaga maruahku sebagai perempuan,
akhlakku sebagai muslimah,
doaku sebagai anak yang solehah,
terima kasih dariku,
semoga ALLAH meredhai segalanya,
SYUKRAN YA RABBI,,
SYUKRAN YA SODIQI,
Semoga KASIHMURABBI fi qalbi abadan abada...
blog ni ditulis seske hati dan mengikut citarasaku.all written here are absolutely reserved by me.